adamanis enterprise

adamanis enterprise

Thursday, 10 September 2015

CENANG PLAZA BEACH HOTEL

"Pulau Langkawi Permata Kedah, Pantai Cenang Permata Langkawi,
Cenang Plaza Beach Hotel Permata Pantai Cenang."
Salah satu rekabentuk oleh pihak kami di Pulau Lagenda Langkawi yang kini menjadi salah satu mercu tanda utama Pantai Cenang.
Sekiranya anda ke Langkawi, ambillah peluang untuk menginap di Cenang Plaza Beach Hotel (CPBH). Bilik penginapan yang kemas serta berkonsep moden dan layanan bertaraf 5 bintang oleh para pekerja.

SUKMA PERLIS 2014 - SKIM WARNA STADIUM

''Bayangkan berapa bayaran untuk sewa helikopter dan jurukamera profesional untuk ambik view stadium ni untuk buat skim warna keseluruhan. Tu tak kira lagi kalau view tu pihak client tak setuju and kena pi ambik semula view.''
Pihak kami masih teringat lagi kata-kata ni masa pertama kali jumpa kontraktor. Alhamdulillah, perspektif dan skim warna siap sepenuhnya dan pihak pengurusan projek bersetuju dengan skim warna yang dicadangkan. Nanti pihak kami upload foto sebenar sebab lupa nak ambik gambar.

Thursday, 23 July 2015


  
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan secara rasminya, BLOG ADAMANIS ENTERPRISE diwujudkan bagi memberi info kepada orang ramai serta pelanggan mengetahui lebih lanjut berkaitan perniagaan yang kami laksanakan serta servis yang kami tawarkan.

Nama syarikat dipilih berdasarkan nama putera dan puteri kesayanganku,
Muhammad Adam Akmal - Nur Anis Nadhirah - Nur Anis Nafisah.

Perniagaan teras bagi syarikat adalah
"architecture, project management, design, perspective, animation & project movie presentation".

Sekalung penghargaan kepada isteri kesayangan, Nur Azmalina Nor Zaidi kerana memberi sokongan berpanjangan selama ini.

Semoga Allah memberkati perniagaan ini serta semoga kalian menyokong dan mendoakan agar perniagaan saya terus maju.
InsyaAllah.

Yang Benar,
Asmawi Bin Ghazali
(Pengurus)